Nasional

Subsidi jemaah haji kecuali B40 ditarik tahun depan?

TABUNG Haji didakwa berkemungkinan akan menarik balik subsidi kepada jemaah haji kecuali golongan B40 tahun depan.

Portal berita The Edge melaporkan, langkah tersebut sepatutnya dilakukan tahun ini namun dibatalkan selepas tidak mendapat lampu hijau daripada pihak berkenaan.

Menurut sumber kepada portal berita ekonomi itu, Tabung Haji sedang menyusun langkah bagi mengurangkan kesan penarikan subsidi ke atas masyarakat awam.

“Tidak pasti bila pengumuman akan dibuat namun penarikan balik subsidi akan dilakukan tahun depan,” kata sumber berkenaan.

Pada 28 Januari lalu Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan berkata, bantuan haji bagi musim 1441H/2020M iaitu tahun ini masih kekal untuk bakal jemaah haji Muassasah kali pertama.

Bantuan haji juga diberikan kepada mereka yang berjaya dalam permohonan rayuan ibadah itu dengan hanya membayar RM9,980 seperti tahun sebelum ini,

Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan tular tular di media sosial kononnya borang rayuan TH menimbulkan kekeliruan.

Ini berikutan terdapat ruang untuk ditandakan persetujuan sama ada jemaah secara sukarela bersetuju atau tidak untuk membayar penuh kos RM22,900 tanpa bantuan Haji TH.-SM

 

 

 

 

 

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button