Nasional

Rangka mayat dengan kepala yang terpisah ditemukan di Jalan Kerayong

POLIS menemukan rangka mayat dalam keadaan reput dengan kepala yang terpisah kira-kira 3 kaki di Jalan Kerayong, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan itu kira-kira pukul 1.42 tengah hari semalam.

“Saksi membuat laporan yang dia telah terjumpa satu rangka disyaki mayat manusia di dalam semak.

“Butiran mangsa belum dikenal pasti kerana mayat dalam keadaan reput dan kepalanya telah terpisah dengan jarak kira-kira 3 kaki.

“Baju mangsa adalah jenis kemeja berjenama Seven Saints berwarna merah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Anuar, hasil siasatan awal mendapati lokasi kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada pengawal keselamatan.

Ujarnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut.

Jelasnya, sesiapa yang mempunyai rekod saudara mara hilang dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat kepada pihaknya.

Tambhahnya, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh disalurkan ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau 03-21159999 atau hadir ke balai polis berdekatan. -SM

(Visited 459 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button