Politik

Ramasamy digesa bantu rakyat PP tinggal dalam kereta

TIMBALAN Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy ditegur oleh warganet di Facebooknya sendiri selepas  dilihat tidak membantu satu keluarga di negeri itu yang terpaksa tinggal berbulan lamanya di dalam kereta selepas rumah mereka terbakar.

Pada hantaran terbaharu Ahli Dewan Undangan Negeri Perai dari DAP itu yang berkaitan isu feri, warganet mahu Ramasamy memberi tumpuan terhadap masalah yang dihadapi keluarga tersebut.

Ini kerana kisah mereka telah tular di media sosial sehingga seorang pendakwah, Ebit Lew yang tinggal di negeri lain datang ke Pulau Pinang untuk membantu keluarga tersebut.

Foto: FB Ebit Lew

“Prof Ramasamy, tuan, masalah perkhidmatan feri dapat diselesaikan. Orang masih boleh melakukan perjalanan ke pulau walaupun dengan atau tanpa feri. Jangan risau. Tetapi kesejahteraan rakyat Pulau Pinang jauh lebih penting. Saya pasti anda mendengar berita mengenai seorang lelaki India berusia 34 tahun yang tinggal di dalam kereta bersama isteri dan tiga anak kecilnya hampir lapan bulan. Tolong bantu mereka terlebih dahulu,” kata Chandra Segaran.

“Malu terhadap Kerajaan Pulau Pinang. Ustad Ebit juga yang kena turun tolong orang Penang. Dok sibok politik. Turun padang tolong orang la,” gesa Hajar Abdul Majid.


“Adakah anda sedar kehidupan keluarga yang tinggal dalam but kereta?” tanya Radzuan Ridzuan.

“Pasangan dengan 3 orang anak tinggal di dalam kereta tanpa pertolongan selama hampir 8 bulan dan anda di sini terus bercakap mengenai masalah air. Pertengkaran yang benar-benar bodoh dengan MB negeri lain,” kata Manik Baadshah.

“Selesai isu rakyat dulu Ramasamy,” tegur Rajaie Radzi.

Dalam tempoh 24 jam hantaran Ramasamy di Facebooknya berkaitan isu air dengan Kedah dan isu penamatan perkhidmatan feri lama di Pulau Pinang.

Ebit Lew telah bergegas ke Pulau Pinang dari Johor hari ini untuk menghulurkan bantuan selepas terbaca kisah Ganesh bersama isteri dan tiga orang anaknya tinggal di dalam kereta selama 8 bulan.

Rumah mereka terbakar pada bulan April lalu dan sehingga kini permohonan untuk tinggal di rumah PPRT sebanyak dua kali masih belum diluluskan.

Ebit telah menyewarkan sebuah rumah tiga bilik untuk keluarga tersebut berteduh sementara menunggu permohonan untuk tinggal di rumah rakyat diluluskan.

Dia turut membelikan peti ais, mesin basuh, televisyen, periuk nasi, kipas, katil, barangan dapur dan duit belanja.

“Baik sangat pasangan ini. Tak berhenti Ganesh dan isteri cakap terima kaseh. Mereka menangis terharu. Katanya kenapa banyak sangat ustaz. Mereka suka sangat tengok rumah baru.

“Cantik dan selesa. Gembira dapat tengok senyuman anak-anak comel. Doakan perjalanan nak balik KL dah. Dah empat hari di luar,” kata Ebit.

Dalam tempoh 4 jam hantara yang dibuat oleh Ebit mengenai nasib keluarga itu menerima 181,000 reaksi, 12,000 komen dan 12,000 perkongsian.-SM

 

 

(Visited 237 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button