Gajet

Realme 8 Pro – Telefon Pintar Kelas Pertengahan dengan Kamera 108MP & Pengecasan 50W.

Realme 8 Pro akhirnya tiba di Malaysia dan inilah pengganti Realme 7 Pro yang diumumkan 7 bulan yang lalu. Kali ini, peranti Realme pertengahan kini dilengkapi dengan kamera utama 108MP resolusi tinggi dan harganya RM200 lebih rendah daripada terdahulunya. Ia merupakan sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada keupayaan kamera dan dikatakan mampu untuk menghasilkan rakaman yang lebih berkualiti.

Realme 8 Pro secara rasmi dijual bermula pada 1 Mei 2021 lalu. Ianya didatangkan dalam dalam 2 pilihan warna, iaitu Infinite Blue dan Infinite Black, dan keduanya mempunyai label “DARE TO LEAP” yang besar di bahagian belakang yang membuatkan ianya tampak lebih unik berbanding rekaan telefon pintar yang lain.

Realme 8 Pro merupakan model penyegaran semula Realme 7 Pro tahun lalu kerana mengekalkan hampir majoriti perkakasan yang serupa di dalamnya. Ia hadir dengan skrin paparan 6.4 ″ Full HD + Super AMOLED yang dilengkapi dengan kamera 16GB ‘punch-hole’ di sudut kiri atas. Ia juga hadir dengan realme UI 2.0 dan Android 11 yang lebih pantas, selamat dan lancar.

Telefon pintar Realme 8 Pro ini hadir dengan sokongan kuad kamera yang menggabungkan kamera 108MP untuk rakaman utama, 8MP untuk sudut ultra lebar, 2MP untuk rakaman potret dan 2MP untuk rakaman makro. Manakala bagi rakaman swafoto pula, ia disertakan bersama kamera 16MP di bahagian hadapan.

Untuk pengetahuan anda, Realme 8 Pro ini merupakan peranti pertama oleh Realme yang menggunakan sensor sebesar 1/1.52 inci daripada ISOCELL HM2 yang turut menyokong rakaman 108MP dengan resolusi sehingga 12000×9000. Melalui teknologi ISOCELL Plus, sensor ini dapat membantu untuk mengurangkan masalah yang sering kita alami ketika membuat penggambaran dan dalam masa yang sama memberikan pewarnaan yang jitu kerana nilai ISO pada sensor ini telah ditingkatkan sehingga 15% lebih tinggi.

Ia juga menggunakan teknologi Smart-ISO dan Pixel Binning 9 dalam 1 untuk meningkatkan kualiti gambar apabila mengambil rakaman dalam situasi kurang pencahayaan. Gabungan sensor ini yang hadir bersama bukaan aperture f/1.88 ini sangat membantu untuk menghasilkan gambar yang lebih cantik di pelbagai situasi. Pelbagai mod rakaman yang anda boleh dihasilkan.

Realme 8 Pro boleh didapati dalam varian 8GB+128GB dan dilengkapi tiga kad slot untuk kad SIM dan kad SD sehingga 256GB. Model ini juga hadir dengan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 50W melalui USB-C. Menurut Realme, anda boleh mendapat caj penuh hanya dalam 47 minit atau 50% caj dalam 17 minit.

Jadi, bagi anda yang berminat, boleh dapatkan telefon pintar ini pada harga RM1,299 melalui laman rasmi Realme atau pengedar-pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia.

(Visited 802 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button