Luar Negara

COVID-19: Beijing tingkat kapasiti ujian saringan kepada 1 juta individu sehari

SATU juta individu setiap hari. Itulah angka ujian saringan COVID-19 yang mampu dilakukan oleh Beijing, China dalam usaha mengekang penularan wabak itu di seluruh bandar tersebut.

Beijing memperluaskan ujian saringan COVID-19 di bandar dengan kepadatan penduduk seramai 20 juta orang sejak kluster baharu dikesan di pasar borong makanan seminggu lalu.

Penularan itu dicatatkan sebagai yang pertama di Beijing dalam beberapa bulan dan ia kini melepasi jumlah puncak sebelumnya di Beijing pada awal Februari lalu.

Ujian saringan COVID-19 pada mulanya difokuskan pada mereka yang bekerja atau berbelanja di pasar Xinfadi atau pun yang tinggal di sekitarnya.

Namun ujian saringan itu terpaksa diperluas untuk merangkumi penduduk di bahagian lain bandar itu serta pekerja penghantaran makanan dan bungkusan seperti mana yang dilaporkan beberapa hari yang lalu.

Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Beijing, Gao Xiaojun berkata, sejak penularan baharu ini, kapasiti ujian telah meningkat dua kali ganda iaitu lebih daripada 230,000 setiap hari di 124 institut.

Gao berkata, ini termasuk wilayah Hubei dan Liaoning yang menghantar 200 pekerja makmal ke Beijing untuk meningkatkan kapasiti ujian saringan virus itu. – SM

(Visited 85 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button