Jenayah

Video raya ajak berjudi: Polis cari Loh Kee Hoe

POLIS kini sedang memcari seorang lelaki bernama Loh Kee Hoe berusia 35 tahun yang dipercayai bertindak sebagai agen dalam penghasilan dua video bertemakan raya mengajak umat Islam untuk berjudi.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah pihaknya sedang mengesan lelaki tersebut.

“Terbaharu, kita telah menahan seorang suspek yang kita percaya boleh membantu siasatan dalam kes tersebut (video pertama).

“Kita ada maklumat seorang lelaki bernama Loh Kee Hoe berumur 35 tahun, kita percaya boleh membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi har ini.

Sementara itu, Mohamad Zainal berkata, pihaknya berjaya mereman dua orang individu daripada lapan suspek yang terlibat dalam produksi video yang mengemparkan negara itu.

Dua individu terbabit merupakan penerbit dan jurukamera yang dipercayai terlibat dalam pembikinan video pertama judi raya yang tular sejak semalam.

Kedua-dua mereka direman bermula hari ini sehingga 24 April depan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) dan Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Hari ini satu lagi iklan judi raya dikesan tular di media sosial. Menggunakan judul “Hari Raya Berkaya”, video berdurasi 3 minit 18 saat itu jelas mempromosikan aktiviti judi secara dalam talian.

Video tersebut memaparkan dua pelakon masing-masing seorang lelaki dan wanita menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri apabila mendapat wang daripada aktiviti perjudian.
Sebelum ini, tular sebuah iklan memaparkan sekumpulan remaja mempromosi aktiviti sama bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.-SM
(Visited 597 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button