Hiburan

Ramai Wanita Teruja Solekan Gaya DSV, Suami Galakkan Tiru Kalau Mahu Ke Kenduri

Siapa sangka solekan unik Dato Seri Vida (DSV) yang dipamerkan dalam program realiti Big Stage 2022 membangkitkan rasa teruja dalam kalangan ramai wanita.

Ramai berpendapat gaya solekan DSV adalah lambang wanita sejati yang hebat dalam menongkah arus perdana yang tidak semua orang berpeluang untuk memahaminya.

Malah segelintir para suami juga bersetuju isteri masing-masing mencabar diri untuk mengikut jejak langkah DSV jika mahu mendapat perhatian secara holistik.

Hal ini demikian kerana dengan wujudnya pemikiran sedemikian, wanita berpeluang untuk lebih sibuk mengira likes dan membaca komen berbanding mengganggu para suami lepak bersama rakan-rakan.

Dalam masa sama, wanita yang berani meniru jejak solekan DSV mampu menghentikan langkah perampas dan pengganggu rumah tangga orang kerana solekan juga mampu menjadi satu amaran.

 

 

 

(Visited 1,087 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button