Rencah Hidup

Ramai musykil kehilangan Zalina Azman, personaliti TV3 sejak lapan bulan

“ALOYA musykillah.” Dialog dalam filem Melayu Klasik berlegar-legar dalam kepala memikirkan ke manakah menghilangnya personaliti TV3, Zalina Azman yang cukup popular ketika beliau mengacarakan program Money Matters.

Ramai juga rakan-rakan dan netizen mempersoalkan, mengapa selepas hampir lapan bulan Zalina hilang, baru hari ini Keluarga Malaysia (rakyat) tahu.

Kehilangan Zalina sejak November tahun lepas lagi dan sepatutnya berita kehilangannya, diuar-uarkan kepada khalayak.

Paparan atau diuar-uarkan bukan untuk sendaan sebaliknya, kita sama-sama boleh membantu mencari atau mengesan kedudukan Zalina.

Ada spekulasi yang mengatakan, pernah ternampak figura TV3 ini di sekitar Seksyen 24, UpTown, Damansara.


Individu yang ternampak Zalina di lokasi tersebut mengatakan, Zalina hilang ingatan tetapi itu sekadar pengamatan dan tiada keabsahan.

Ada yang merasakan, terdapat sesuatu yang tidak kena dengan kehilangan Zalina Azman. Apakah dia? Wallahhuaklam.

Sekarang, kehilangan Zalina menjadi kes polis dan polis sedang menjalankan siasatan. Jika ada maklumat, boleh bantu pihak polis dengan salurkan maklumat terus kepada mana-mana balai polis yang berdekatan.

Jangan kita mengganggu siasatan polis dalam kes kehilangan Zalina ini.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Zalina Azman, moga dalam lindungan Allah SWT. – SM

(Visited 2,714 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button