Nasional

Permainan persepsi makan diri, dalam diam Mr. 10% rupa-rupanya

ANALISIS

PERMAINAN persepsi dipupuk oleh parti pembangkang sejak sekian lama untuk mengaburi mata rakyat dalam menilai mana satukah yang betul dan yang mana satukah yang salah.

Semasa para pemimpin UMNO berdepan dengan pertuduhan di mahkamah, golongan mereka inilah yang mewujudkan persepsi umum bahawa semuanya telah bersalah.Sedangkan mahkamah belum putuskan apa-apa lagi.

Ini termasuklah melempar tuduhan terhadap semua yang tertuduh itu sebagai perompak, penyamun dan perasuah. Itulah label yang diberikan oleh mereka ini dan hari ini, apabila kena pada batang hidung bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pandai pula mereka meraih simpati dengan menggerakkan mengutip dana untuk membayar wang jaminan dan bayaran guaman.

Mereka juga berkata, tuduhan itu berbaur politik. Pandai pula bertindak mempertahankan (defensive) dengan mengatakan, bukan penjenayah dan jangan jadikan keluarga sebagai sasaran. Ini bukan soal sasaran. Ini membabitkan siasatan yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mendapat kebenaran Peguam Negara.

Apabila siasatan dibuat oleh SPRM mendapati ada kes yang boleh dibawa ke mahkamah, mengapa pula timbul ayat “kerajaan harus kekal menghormati kehidupan awam dan tidak memusnahkan keluarga serta menyasarkan anggota keluarga”?

Yang tak boleh tahan, kenyataan yang mereka keluarkan ialah kita wajib perlihatkan jangan ada double standard atau dalam istilah paling mudah difahami, pilih bulu dalam mendepani isu ini.

Untuk rekod, pertuduhan terhadap Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan: Semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan iaitu balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli.

Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur pada Mac 2011.

10% dari keuntungan projek … Mr. 10% jugak rupanya dia ni. – SM

 

(Visited 196 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button