Luar NegaraMedia massa

Twitter pertimbang kenakan bayaran bagi ‘special content’

Twitter mengatakan pada hari Khamis (Jumaat di Malaysia) bahawa ia merancang untuk menawarkan perkhidmatan langganan di mana pengguna akan membayar kandungan khas dari akaun berprofil tinggi.

Inisiatif yang diambil Twitter merupakan sebahagian dari model ekonomi untuk mempelbagaikan pendapatannya.

Platform media sosial yang popular di seluruh dunia itu mengumumkan tentang perkhidmatan terbarunya, Super Follows pada pertemuan pelabur tahunannya.

Pada ketika itu, mereka sedang mencari aliran pendapatan baru.

Jurucakap Twitter memberi kenyataan tentang potensi Super Follows yang mampu mendekatkan lagi pencipta serta penerbit dengan khalayak umum.

“Meneroka peluang pendanaan penonton seperti Super Follows akan membolehkan pencipta dan penerbit disokong secara langsung oleh khalayak ramai.

“Hal ini akan mendorong mereka untuk terus mensajikan kandungan yang disukai penonton mereka,” kata jurucakap Twitter.

Eksekutif Twitter teratas membincangkan Super Follows sambil menggariskan matlamat dan rancangan untuk masa terdekat dalam perbincangan yang disiarkan.

“Kami meneliti dan memikirkan kembali insentif perkhidmatan kami – tingkah laku yang digalakkan dan tidak digalakkan oleh produk kami ketika orang mengambil bahagian dalam perbincangan di Twitter,” kata jurucakap itu.

Super Follows digambarkan semasa persembahan sebagai cara untuk pengguna Twitter menyokong kewangan pencipta dan menerima buletin, kandungan eksklusif dan bahkan lencana maya sebagai pertukaran.

Ciri terbaru di Twitter iaitu Fleets juga merupakan salah satu ciri yang baru yang telah digunakan di Twitter sekarang bagi menambah pendapatan Twitter.

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button