Nasional

Pemodenan pantadbiran tanah melalui sistem e-Tanah: Pelaksanaan sistem e-Tanah Selangor

SISTEM e-Tanah merupakan projek Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) untuk membangunkan sistem pengurusan dan pentadbiran tanah yang bersepadu di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Kementerian dalam satu kenyataan memberitahu, pembangunan sistem yang melibatkan penyertaan sektor swasta ini juga seiring dengan Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat yang menekankan agenda pendigitalan sebagai pemacu inovasi dan pencambah produktiviti negara.

Projek perintis Sistem e-Tanah telah dilaksanakan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Jun 2017 dan seterusnya diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat.

Di antara negeri yang telahpun menggunapakai Sistem e-Tanah ialah pentadbiran tanah negeri Perak pada 11 Februari 2021 serta Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan pada 29 Oktober 2021.

Bertunjangkan komitmen dan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor, Sistem e-Tanah ini seterusnya diperluaskan ke negeri Selangor dan orang awam boleh membuat capaian dan menggunakan perkhidmatan Sistem e-Tanah bermula pada 30 Oktober 2023 yang lalu.

Di antara kelebihan dan manfaat sistem ini seperti berikut:

  1. Sistem yang menggunakan teknologi web yang boleh diakses tanpa sempadan masa dan tempat.
  2. Sembilan modul utama disediakan iaitu Pendaftaran, Hasil, Consent, Strata, Lelong, Pelupusan Tanah, Pengambilan Tanah, Pembangunan Tanah dan Penguatkuasaan.
  3. Kaunter Single Point of Contact (SPOC) yang membolehkan semua urusan tanah dilaksanakan pada satu kaunter sahaja berbanding selama ini yang memerlukan orang awam pergi ke banyak kaunter yang berlainan untuk menyelesaikan urusan mereka.
  4. Sistem ini juga berintegrasi dengan sistem di agensi luar seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Syarikat Malaysia di samping sistem-sistem sedia Kerajaan Negeri seperti Smartbox dan Smart Docket.

Anjakan pembaharuan ini juga seiring dengan penumpuan Kerajaan di dalam Belanjawan 2024 Malaysia MADANI iaitu pembaharuan sektor awam yang memberi galakan kepada Kementerian dan Agensi supaya terus berinovasi, mengadaptasi teknologi dan digital bagi mengurangkan karenah birokrasi.

NRECC berharap Sistem e-Tanah yang dibangunkan ini dapat memboleh daya pentabiran tanah negeri-negeri bagi melaksanakan yang terbaik untuk rakyat tanpa batas sempadan dan menjadi pemacu kepada kemakmuran ekonomi di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya selaras dengan nilai teras Malaysia MADANI. – SM

(Visited 82 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button