Nasional

Yong Teck Lee persoal KP Kesihatan kemajuan proses dapatkan vaksin Covid-19

SUDAH tiba masanya rakyat Malaysia tahu tentang kemajuan proses mendapatkan vaksin Covid-19, kata Datuk Seri Yong Teck Lee.

Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) itu berkata, profesional kesihatan yang mengurus hal berkaitan dengan vaksin Covid-19 seperti Ketua Pengarah Kesihatan perlu memberikan maklumat yang berwibawa berhubung perkara itu.

“Rakyat Malaysia telah lama menunggu untuk mengetahui lebih banyak mengenai jalan menuju ketersediaan vaksin Covid-19.

“Ini kerana negara jiran kita telah menetapkan rancangan dan garis masa mereka untuk memulakan vaksinasi penduduk masing-masing.

“Laporan berita arus perdana menyebut bahawa vaksin Covid-19 akan tersedia pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Oleh itu, semua mata dan telinga tertumpu pada vaksin berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu juga berkata, sebagai contoh Indonesia memperuntukan dana sebanyak 34.23 trilion Rupiah (RM900 juta) untuk mendapatkan vaksin pada akhir tahun ini dan tahun depan.

“Selain itu, Singapura menubuhkan jawatankuasa vaksinnya manakala Filipina memulakan percubaan tahap ke-tiga mengenai vaksin.

“Rusia, China dan beberapa negara Amerika Selatan menggariskan rancangan mereka mengenai pemerolehan dan penggunaan vaksin Covid-19.

“Bahkan Amerika Syarikat hampir mengumumkan rancangan mereka.

“Mengapakah pihak berkuasa kesihatan kita agak senyap dalam isu vaksin? Vaksin adalah pencegahan jangkitan virus yang lama ditunggu-tunggu dan jawapan kepada penderitaan rakyat,” tegas Teck Lee. – SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button