fbpx
PRK
Trending

Rakyat Sabah kecewa Muhyiddin pertahan PSS

MAJORITI rakyat Sabah kecewa dengan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mempertahankan Pas Sementara Sabah (PSS).

Mereka menganggap kerajaan pusat tidak memahami aspirasi majoriti rakyat Sabah yang tidak mahu PSS dilaksanakan.

“Mereka menolak cadangan ini dengan sekeras-kerasnya. Dari awal pengumuman PSS pada bulan September 2019 sehinggalah sekarang, terlalu banyak isu kontroversi yang menyelubungi PSS ini.

“Majoriti penduduk Sabah merasakan ianya satu cadangan yang mempunyai banyak kelompongan dengan berbagai-bagai kelemahan.

“Penjelasan demi penjelasan dari kerajaan Warisan gagal untuk meyakinkan penduduk Sabah. Malah penjelasan mereka menambah lebih banyak isu berbangkit yang tidak mampu dijawab dengan jelas,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahmam Dahlan dalam satu kenyataan.


Katanya, kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan meneruskan PSS jelas berbeza dengan harapan rakyat Sabah.

Rakyat Sabah kata beliau, berharap agar kerajaan membatalkan pelaksanaan PSS pada Jun nanti atau paling tidak menunda.

Justeru, katanya,  keputusan yang sewajarnya dibuat oleh kerajaan pusat dan kerajaan Warisan ialah membatalkan perlaksanaan PSS.

“Walaupun Tan Sri Muhyddin berkata cadangan ini dibuat oleh Jawatankusa Pengurusan Warga Asing semasa Barisan Nasional (BN) memerintah, dasar ini tidak dilaksanakan oleh kerajaan BN .

“Kerana BN tahu masih banyak isu dan permasalahan berhubung kait dengan PSS ini terutamanya isu penerimaan rakyat Sabah.

“Kalau isu sepanas PSS ini yang terang dan jelas ditolak oleh majoriti rakyat Sabah, apalah gunanya kepimpinan Warisan mendabik dada kononnya mereka akan mendengar suara rakyat Sabah dan bukannya suara Kuala Lumpur? Soalnya. – SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button