Luar Negara

4,858 maut akibat COVID-19 di Sepanyol

SEJUMLAH 769 orang maut akibat COVID-19 di Sepanyol dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus mencatatkan 4,858 kematian.

Ia rekod kematian kedua tertinggi di dunia selepas Itali, dengan jumlah kes disahkan meningkat kepada 64,059 mangsa, lapor AFP hari ini.

Meskipun jumlah maut akibat COVID-19 itu menunjukkan peningkatan harian hampir 8,000 kes jangkitan baharu, peningkatan ketara berlaku apabila lebih banyak ujian dapat dilakukan selepas memperoleh kit ujian dari seluruh dunia.

Namun, kadar kes baharu menunjukkan pengurangan dengan peningkatan 14 peratus berbanding 18 peratus semalam.

Bagaimanapun, kadar kematian dalam tempoh 24 jam adalah jauh lebih tinggi berbanding Itali yang merekodkan 662 kematian semalam.

BERKAITAN:

Itali setakat ini merekodkan 8,165 kematian akibat COVID-19 dengan 80,539 mangsa disahkan positif.

Sehingga semalam, Itali mendaftar kes paling banyak di dunia sebelum diatasi Amerika Syarikat (AS) di mana 85,991 orang kini disahkan positif coronavirus itu.

Malah pihak berkuasa Itali buntu apabila harapan wabak koronavirus menurun semalam tidak menjadi kenyataan apabila data menunjukkan jumlah kes baharu dan kematian terus meningkat – menyaksikan betapa sukarnya untuk membendung wabak tersebut.

Pegawai berkata, sejumlah 712 orang meninggal dunia akibat penyakit itu dalam 24 jam terakhir, sekali gus melonjak kepada jumlah keseluruhan 8,215 orang – lebih dua kali ganda dari tempat lain di dunia.

Sepanyol melaksanakan perintah berkurung yang ketat pada 14 Mac lalu, berkuat kuasa sehingga 11 April ini, dengan angka terbaharu menunjukkan tanda-tanda langkah membendung wabak itu mula memberi kesan.- SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button