Nasional

Keluarga Malaysia perlu bentuk sahsiah, kawal kendiri tangani jenayah siber

KELUARGA Malaysia perlu memainkan peranan bagi membentuk sahsiah dan kawal kendiri untuk menyemai dan mengukuhkan kesepaduan komuniti dalam ekosistem siber.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, peranan itu perlu dilakukan bagi menangani ancaman dan jenayah siber.

Tambahnya, ia juga untuk mewujudkan persekitaran siber yang positif dan sejahtera.

“Ketika negara dilanda pandemik Covid-19, kebanyakkan ahli Keluarga Malaysia telah beralih ke arah penggunaan teknologi digital dalam setiap aspek kehidupan mereka.

“Keadaan ini menyebabkan berlakunya transformasi pada pola komunikasi dan sosial, norma baharu. Namun, situasi ini telah menyebabkan kebanyakan kita alpa dalam menjaga adab dan etika walaupun dalam dunia siber,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Jelasnya lagi, teknologi digital banyak membantu serta melancarkan aktiviti tetapi masih berlaku penyalahgunaan teknologi.

Tambahnya, ia termasuk dalam penggunaan internet dan media sosial oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga muncul pelbagai jenis ancaman serta jenayah siber.

Dalam pada itu, sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2022 edisi Malaysia yang bertemakan K.I.T.A Siber, Ismail Sabri menyeru kepada Keluarga Malaysia untuk terus memupuk sikap kebertanggungjawaban ke atas diri sendiri dan orang lain.

“Perlu mengamalkan kaedah komunikasi, mengambil kira inklusif dan tanggungjawab di samping meningkatkan keakraban bagi membentuk komuniti digital yang harmoni.

“Selamat Hari Keselamatan Internet 2022. Sentiasa Bijak, Sentiasa Selamat. Bersama-sama ke Arah Kesejahteraan Siber,” katanya. -SM

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button