Nasional

Rakyat menjeruk hati, kerajaan sibuk agih kekayaan sesama kroni

BEBERAPA hari ini rakyat semakin kecewa dan menjeruk hati dengan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan.

Exco Kerajaan Johor, Tan Chen Choon (DAP) mengumumkan kenaikan elaun Ahli Majlis PBT sekitar 60%-100%. Wow! meleleh air liur rakyat jelata mendengarnya!

Antara sebab kenaikan ini adalah kerana tanggungjawab ahli PBT yang dikatakan semakin mencabar dan mengambil kira faktor kenaikan kos sara hidup.

Apakah kehidupan rakyat jelata tidak mencabar dan tidak berdepan dengan kenaikan kos sara hidup? Sudahlah mulai tahun hadapan, bermacam-macam jenis cukai baharu diperkenalkan!

Menteri KPKT Zuraida Kamaruddin baru saja mengumumkan semakan kadar cukai taksiran PBT mulai 1 Januari 2020. Malahan, Zuraida mengakui ada kenaikan sedikit dari kadar sedia ada. Tumpang tanya, untuk 15 PBT di Johor, adakah kenaikan kadar cukai taksiran ini juga bertujuan antara lain menampung kenaikan elaun Ahli Majlis PBT?

Agak-agaknya, bilalah giliran pekerja biasa dan penjawat awam pula dapat merasa kenaikan gaji 60%-100%?

Baru-baru ni PM Tun Mahathir kata kalau permintaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk menaikkan gaji penjawat awam sampai RM1,800, maka semua kedai tomyam akan ditutup.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar pernah mengatakan bahawa kerajaan tak boleh menaikkan gaji secara mendadak.

Di Johor ada 15 PBT, setiap PBT ada 24 orang Ahli Majlis. Ahli-Ahli Majlis dilantik dari kalangan 4 parti komponen PH iaitu DAP, PPBM, PKR & PAN.

Rakyat jelata dikencingkan dan lantikan politik PH serta kronisme diutamakan!

Dulu semasa menjadi pembangkang, BN nak naikkan sedikit elaun RM100 pun pemimpin PH melompat marah dan memaki hamun.

Sekarang apa cerita? PH lagi teruk! Itu belum lagi cerita pekerja swasta yang kehilangan pekerjaan akibat syarikat mengurangkan kakitangan atau terpaksa gulung tikar kerana ekonomi yang semakin lembab.

Syarikat tempatan yang berusaha menceburi perniagaan ladang solar turut dibuli kerajaan kerana projek besar-besaran yang dilaksanakan akhirnya dianugerahkan kepada syarikat asing.

Hanya sebuah syarikat tempatan yang dianugerahkan projek tersebut, selebihnya RM50,000 yang dilaburkan bagi membolehkan menyertaikan projek tersebut hangus begitu sahaja.

Setiap hari rakyat sentiasa berdebar-debar memikirkan apa lagi kenyataan kerajaan yang membebankan rakyat akan dibuat.

Itu belum lagi kakitangan kontrak kerajaan dibuang begitu sahaja. Ramai yang merungut dan berasa terlalu lama lagi untuk menggantikan kerajaan yang sangat tidak prihatin dengan nasib rakyat.

 

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button