Ekonomi

Rakyat Malaysia sanggup kerja di ladang kelapa sawit dengan gaji RM3,000

Sektor minyak sawit mengalami kerugian hasil 20 bilion ringgit akibat dasar yang mengekang pengambilan pekerja terutama pekerja asing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan dasar pemutihan baru-baru ini, masalah ini hampir selesai tanpa melibatkan ejen yang mengambil laba yang tinggi.

“Kebanyakan sektor berisiko tinggi masih bergantung dengan pekerja asing. Ini disebabkan sektor ini menawarkan gaji rendah dan kebajikan pekerja tidak terjamin.

“Pengalaman syarikat Sime Darby Plantation membuktikan, pekerja tempatan bersedia untuk bekerja di ladang sawit jika gaji yang dibayar sekurang-kurangnya 3,000 ringgit dan persekitaran pekerjaan yang lebih
menarik dibantu oleh mekanisasi dan mengadaptasi automasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen.

“Sasaran mereka adalah untuk menggaji 100 peratus pekerja tempatan menjelang akhir 2027.

“Maka, Kerajaan akan menyediakan 50 juta ringgit geran sepadan untuk menggalakkan automasi sektor perladangan melalui penggunaan robotik dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) yang berupaya menggaji pekerja tempatan yang berkemahiran,” katanya.

Terkait soal industri sawit, kita mengeji gerakan anti minyak sawit yang masih aktif didalangi pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa.

Penting untuk kita bertindak secara konsisten mempertahankan malah meluaskan pasaran industri sawit negara. 80 juta ringgit disediakanbagi menambah baik kelestarian industri sawit dan mempergiat Kempen Menangani Antiminyak Sawit. – SM

(Visited 926 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button