BeritaUncategorized

Rakyat Malaysia Diarah Tinggalkan Iran Sebelum Jumaat – Wisma Putra

SUSULAN ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah, khususnya antara Iran dan Israel, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) telah mengarahkan semua rakyat Malaysia yang berada di Iran untuk meninggalkan negara itu selewat-lewatnya Jumaat, 21 Jun 2025.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, memaklumkan bahawa langkah evakuasi ini membabitkan pelbagai kumpulan termasuk pelajar, pelancong, serta kakitangan kedutaan. Beliau turut menegaskan bahawa proses pengurusan visa dan perjalanan sedang berjalan lancar, dan sebahagian rakyat Malaysia dijangka berlepas dalam tempoh sehari atau dua hari.

“Mereka akan pulang secara berperingkat, dan setakat ini semua persiapan berjalan baik. Arahan ini dikeluarkan bagi memastikan keselamatan mereka terus terjamin,” katanya dalam satu kenyataan media.

Difahamkan, pelajar Malaysia yang berada di Qom dan Isfahan turut termasuk dalam senarai pemulangan segera ini. Setakat ini, tiada insiden membabitkan kecederaan atau kehilangan nyawa rakyat Malaysia dilaporkan.

Wisma Putra turut menasihatkan semua rakyat Malaysia yang masih berada di Iran agar sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sekiranya memerlukan bantuan konsular.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button