Politik

Anwar mahu Aminuddin terus dipertahan sebagai MB Negeri Sembilan

Kedudukan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun harus dipertahankan untuk Pakatan Harapan (PH) terus berkuasa kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, perkara itu amat penting kerana ia dapat menerusikan kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Dengan cara ini segala masalah rakyat akan dapat diselesaikan segera,” ujarnya ketika menyampaikan ceramah pada program Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah di Dataran Kampung Pachitan di sini malam tadi.

Anwar yang juga Pengerusi PH sebelum ini mengumumkan Aminuddin akan dicalonkan sebagai Menteri Besar sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 12 Ogos ini.

Sementara itu, Perdana Menteri menganggap Port Dickson sebagai kawasan yang paling istimewa manakala penduduknya telah banyak berjasa kepada beliau.

Malah Anwar turut menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya beliau ‘lari’ dari Port Dickson ke Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Port Dickson sudah kuat dan calon baik, saudara Aminuddin saya serahkan. Saudara, kawan-kawan kena tahu ini, ini ujian pertama boleh bertanding jadi, saya tidak boleh lupa Port Dickson,” jelasnya. – SM

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button