Travel

Rakyat Malaysia Boleh Konvoi Guna Polis Pengiring & Bayar Perkhidmatan Mereka – Farish Art

Susulan video tular mengenai aktiviti konvoi melibatkan deretan kereta mewah yang dikawal oleh polis pengiring, seorang pengguna Facebook, Farish Art tampil membuat pendedahan.

Kata Farish Art, semua rakyat dalam Malaysia jika mahu berkonvoi sebenarnya boleh menggunakan anggota polis baik berkereta mahu pun bermotorsikal.

Namun untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut, perlu ada individu yang tampil mengisi borang pemohonan dan perlu membayar khidmat polis pengiring kerana ia bukan percuma.

“Contoh geng Myvi nak buat konvoi ke PD dengan anggaran 60 buah kereta Myvi dan memerlukan anggota polis bermotosikal sebanyak 4 motosikal polis.

“Pergi sahaja boleh, pergi balik pun boleh. Kalau pergi balik, kena sediakan tempat tinggal untuk anggota polis. Faham?” soal Farish Art yang beranggapan semua rakyat Malaysia memahami undang-undang.

Farish Art menukilkan perkongsian itu sebagai respon kepada jutaan rakyat Malaysia yang tidak memahami adakah rakyat juga bebas menggunakan khidmat polis pengiring jika berduit.

“Tol pula akan ada satu orang yang uruskan pembayaran dekat tol sebelum atau selepas konvoi melepasi tol.

“Kebiasaannya sebelum konvoi pihak penaja akan berurusan dengan pihak lebuhraya untuk pembayaran, tarikh serta masa konvoi akan tiba di tol berkenaan. Fahammm…” tegas Farish Art.

Maka dengan penjelasan ini, diharap geng-geng Iswara Aeroback yang ingin melakukan aktviti serupa sudah tidak menjadi masalah dan satu kepelikan kerana hanya perlu mohon dan bayar!

(Visited 1,687 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button