Parlimen

Cegah Covid: Najib cadang penyeludup PATI dikena SOSMA

AHLI Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan gara penyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) dikenakan tindakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Tindakan tersebut perlu kerana PATI menjadi ancaman terbesar pandemik Covid-19 di negara ini.

Najib berkata tindakan di bawah Akta Sosma adalah wajar kerana negara kni berada dalam zaman ‘perang’.

“Pada pendapat saya, antara ancaman terbesar negara pada ketika ini adalah pencerobohan sempadan negara oleh PATI dari negara-negara jiran yang terus mencatat kes Covid terbaru yang amat tinggi.

“Saya mencadang agar warganegara Malaysia yang ditangkap atau terlibat dalam penyeludupan PATI dikenakan tindakan di bawah Akta SOSMA memandangkan ini merupakan zaman ‘perang’ dan tindakan ini mengancam keselamatan seluruh negara,” kata Najib.

Najib berkata, tanpa pertolongan dari rakyat Malaysia sukar untuk PATI menyeludup masuk.

Katanya, tidak ada gunanya untuk seluruh negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan selama berbulan sehingga Covid memulih dan kerajaan memperuntukkan bantuan berbillion-billion tetapi disia-siakan melalui pencerohohan PATI.

“Rakyat sudah fobia dengan 3 huruf PKP ini atau MCO ini. Setiap kali rakyat melihat perkataan ini, ini membawa maksud pendapatan akan terjejas dan kebebasan mereka tersekat.

“Dan bagi memastikan sokongan rakyat tetap terhadap kerajaan hari ini, Covid mesti dikawal baik. Harap kesilapan-kesilapan seperti ini tidak diulangi dan segala kelemahan diperbaiki,” kata Najib.

Beliau berkata demikian dalam Perbahasan Peringkat Dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.-SM

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button