Politik
Trending

Rakyat luah rasa kecewa di Facebook Asyraf Wajdi

MENGECEWAKAN dan kurang berpuas hati.

Demikian pandangan rata-rata pengguna media sosial di Facebook Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkenaan Belanjawan 2021.

Rakyat Malaysia meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan Belanjawan 2021 itu dilihat antara golongan M40 yang tidak menerima apa-apa manfaat secara langsung daripada kerajaan.

Masing-masing juga dilihat berharap sesuatu dapat meringankan sedikit beban mereka sementara akibat tekanan hidup terutama di bandar ketika pandemik Koronavirus (Covid-19) menular.

Menurut mereka, selain golongan sasar, golongan bukan lain juga turut terjejas terutama dalam menghadapi tekanan ekonomi dalam hari-hari yang tidak menentu.

“Mengecewakan, moratorium tak ada, saya orang Sabah macam mana hendak keluar kerja kalau semua tempat ada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Hutang-hutang dekat bank kena bayar tiap-tiap bulan, habislah begini. Sabar sahajalah,” luah Bahtiar.

“Bagi mereka yang baharu diberhentikan kerja, RM10,000 one-off daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) amat diperlukan.

“Untuk bayaran kereta, rumah dan sebagainya. Untuk bernafas sementara menunggu bantuan kerajaan atau dapatkan kerja baru tetapi hampa,” kata Zeack Afilly Lilly.

“Mengecewakan, point yang paling penting tidak dibentangkan iaitu perlanjutan moratorium secara automatik dan pengeluaran sebanyak RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP tanpa syarat.” gesa

“Isu moratorium perlu dilanjutkan enam bulan lagi dan isu KWSP perlu diperincikan pada golongan pekerja yang berhadapan potongan gaji dan cuti tanpa gaji,” desak Mohd. Khulzairi Mohmud.

“Kerajaan perlu tumpu juga kepada golongan M40. Moratorium sepatutnya dilanjutkan sekurang-kurangnya tiga bulan.

“Pengeluaran Akaun 1 KWSP kepada semua pencarum (hadkan pengeluaran minimum RM5,000 dan maksimum RM10,000). Pembayaran secara one-off atau sekali gus,” ujar Syam Ayob.

“Kurang memuaskan. Isu moratorium bukan automatik. Isu KWSP itu kurang daripada expectation. Kami yang sudah lama tiada kerja memang sangat memerlukan peruntukan RM10,000 itu,” luah Amir.

“Kurang berpuas hati, kerana M40 seumpamanya tidak mendapat apa-apa,” komen Adli Rafai.

Demikian antara maklumbalas dan refleksi rakyat terhadap pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021.

Belanjawan tersebut dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, cadangan pengeluaran duit KWSP daripada Akaun 1 sebelum ini dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau sebelum ini menunjukkan keyakinan bahawa kerajaan berupaya untuk memperuntukan sejumlah RM45.7 bilion bagi tujuan tersebut.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul hari ini memaklumkan pengeluaran KWSP daripada Akaun 1 itu hanya bersasar kepada pencarum yang kehilangan pekerjaan seramai 600,000 orang.

Selain itu, pemberian moratorium juga diberikan secara bersasar dan tidak secara automatik seperti dicadangkan oleh parti-parti politik.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi dalam Facebooknya cuba mendapatkan pandangan daripada rakyat mengenai Belanjawan 2021 untuk dibahaskan di Parlimen minggu hadapan. – SM

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button