Politik

Mat Hassan berfikiran cetek, tidak sesuai ke parlimen

Mat Hassan bercita-cita menjadi seorang PM. Itu lah matlamat sebenar Mat Hassan di balik semua tindak tanduk beliau.

Beliau dan Mat Maslan merupakan orang kuat kepada DSNR yang telah dijatuhkan hukuman bersalah dan Zahid Hamidi yang sedang berdepan dengan puluhan pertuduhan. Namun kedua “BOS” beliau ini tidak akan dapat menjadi PM, manakala Mat Maslan pun bagaikan badut komedi pada pandangan rakyat.

Maka Mat Hassan melihat ini adalah peluang keemasan bagi dirinya untuk naik menjadi PM ke 10.

Mat Hassan bersuara seolah-olah untuk semua perkara, demi mendapatkan “sportlight” bagi dirinya, dari isu MN hinggalah isu PRU, akan diulas beliau tanpa di minta demi menjilat pemberi watikah UMNO yang telah tamat tempoh mandatnya.

Berkenaan dengan isu PRU pula, untuk apa PRU-15 ingin segera diadakan ?.

Sedangkan kerajaan PM-DSIS sedang di urus tadbir dengan baik tanpa ada mana-mana pihak yang mengamcam atau mengungut untuk menarik sokongan.

Bahkan YDPA sendiri memuji kerajaan dan langkah yang di ambil oleh DSIS dalam menstabilkan gejolak politik negera.

Yang banyak berbunyi dan meratib PRU-15 tanpa henti hanyalah golongan-golongan tidak berjawatan dalam kerajaan yang tidak sabar untuk menduduki kerusi empuk bergaji tinggi seperti Tok Mat dan Puad Zarkashi.

Keresahan terbesar geng-geng yang sekiblat dengan Mat Hassan ini sebenanrya cemas kerana kabinet kerajaan hari ini tidak dalam kawalan mereka, bahkan kabinet hari ini berjalan dan berfungsi sesuai dengan perlembagaan negara tanpa mencampur adukkan kuasa eksekutif,perundangan dan kehakiman.

Nama rakyat dan bangsa di jual oleh mereka-mereka ini tanpa memikirkan langsung akan kesannya terhadap negara dan masa depan. Yang terpenting adalah hajat mereka terpenuhi.

Jika benar Mat Hassan merupakan pejuang bangsa yang meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan tertinggi, seharusnya beliau menyokong dan mendukung kepimpinan kerajaan hari ini yang sedang berada di landasan pumulihan yang tepat.

Jika pula benar beliau mementingkan demokrasi dan ketelusan perlembagaan, maka seharusnya yang beliau suarakan ialah mengadakan “PEMILIHAN SEMULA UMNO” yang telah lama tamat tempoh luputnya.

Tetapi hal tersebut tidak akan dan tidak pernah di suarakan oleh Mat Hassan.

Mengapa ? Kerana jika Zahid yang merupakan Tuan beliau kalah, maka terkuburlah cita-cita peribadi beliau untuk menjadi PM ke 10 dan terpaksalah Mat Hassan beralih arah danmenjilat Tuan baru pula demi kelangsungan kerjaya politik beliau.

Memalukan, seakan rakyat buta dan tidak nampak permainan Mat Hassan ini. Perjuangan dan lolongan beliau saban hari hanyalah demi matlamat peribadi sahaja. Tidak lebih dari itu.

-RP-

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button