Politik

Rakyat keliru majlis apa yang boleh dibuat, apa yang tidak boleh?

RAKYAT di seluruh negara keliru tentang apa yang mereka boleh lakukan dan apa pula yang tidak dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKPK), Perintah Kawalan Pergerarakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

PKP yang dilaksanakan di beberapa negeri hingga 26 Januri ini mengenakan syarat yang lebih ketat termasuk tidak boleh menganjurkan apa sahaja majlis yang menghimpun ramai orang.

Kalau diikutkan kepada senarai prosedur operasi standard (SOP) PKP semua program yang menyebabkan orang berhimpun tidak dibenarkan termasuk pasar malam, pasar tani, kedai pakaian, kedai gunting rambut dan kedai cermin mata.

Begitu juga dengan kenduri kendara. majlis rasmi atau tidak rasmi kerjaan dan swasta, doa selamat, tahlil, pertunangan, akikah, perjumpaan semula malah mengaji Quran


Satu lagi yang tidak dibenarkan ialah pergerakan merentas negeri. Sepanjang tempoh dua minggu ini langsung tidak dibenarkan merentas negeri

Tetapi apa yang memeningkan rakyat ialah sikap dwi standard apabila membabitkan pemimpin kerajaan. Pemimpin kerajaan boleh saja merentas negeri dan mengadakan majlis pertemuan yang membabitkan kepentingan mereka.

Beberapa gambar yang tular di media sosial menunjukkan pemimpin kerajaan dari Selangor boleh ke Johor untuk program gotong royong cuci kesan banjir yang membabitkan kehadiran ramai orang. Sedangkan kalau ikut SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) semua itu tidak boleh.

Andainya SOP itu hanya untuk rakyat adalah lebih elok jika MKN tulis SOP yang mereka buat itu tidak diguna pakai jika ia membabit pemimpin kerajaan atau politik. Baharulah rakyat tidak keliru.

Sikap yang ditunjukkan ini ibarat ketam mengajar anak berjalan betul tentu akan menyukarkan proses memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Pada rakyat jika pemimpin dan ahli politik boleh kenapa mereka tidak boleh? Kenapa ada peraturan yang berbeza-beza antara rakyat marhain dengan pemimpin atasan.

Ketika rakyat mahu mengaji Quran dan bertahlil beramai-ramai tidak dibenarkan, pemimpin pula boleh ke sana-sini untuk membeli jiwa atau membuktikan mereka berjiwa rakyat sanggup bermandi selut ketika musim PKP, ketika musim Covid-19 sedang bermaharajalela ini.

Ketika Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah meminta rakyat disiplinkan diri sendiri jika mahu atasi wabak ini, pemimpin kita seperti tidak kisah melanggar SOP dan peraturan yang ditetapkan.

Cara mereka turun padang seolah-olah pilihan raya umum akan diadakan minggu depan. Sebab tidak kira PKP atau Covid-19 mereka tetap redah untuk tonjolkan diri.

Sedangkan Yang di-Pertuan Agong sudah isytihar darurat hingga Ogos ini. Sudah tentu tidak ada apa-apa pilihan raya sepanjang tempoh darurat ini. Malangnya para pemimpin ini tetap tidak boleh bersabar.

Mungkin tarikan untuk menonjolkan diri ketika rakyat ditimpa musibah ini terlalu kuat buat mereka. – SM

(Visited 128 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button