Nasional

Rakyat Kedah harus sokong Kerajaan Perpaduan, angkat martabat rakyat & negara

Dalam satu pidato Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau mengajak rakyat Kedah untuk menyokong Kerajaan Perpaduan kerana dasarnya yang mengangkat martabat rakyat dan negara.

Dalam masa sama, Anwar juga tegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan bertolak ansur dalam usaha bersihkan negara daripada rasuah dan penyelewengan.

Beliau berkata demikian dalam satu program di Dataran Stargate yang turut dihadiri ramai pemimpin negara.

“Alhamdulillah dapat bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan Kerajaan Perpaduan dalam Himpunan MADANI Kedah di Dataran Stargate.

“Pada Himpunan ini saya sempat melancarkan Bas dan Trak Perpaduan bagi menggerakkan inisiatif Malaysia MADANI,” katanya.

Anwar turut menggunakan kesempatan ini untuk mengajak rakyat Kedah untuk turun beramai-ramai ke Rumah Terbuka Malaysia MADANI bermula jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang ini bertempat di Hotel Raia, Alor Setar.

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button