Nasional

Penduduk di Parlimen Larut terima 21,000 bantuan kotak makanan

SEBANYAK 21,000 bantuan kotak makanan disumbangkan kepada penerima oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini.

Terdapat tambahan 11,000 bantuan kotak makanan sedang diagih-agihkan oleh Pusat Khidmat berkenaan kepada warga Parlimen Larut.

Menurut status yang dikongsa di media sosial Facebook, Hamzah memaklumkan, 11,000 kotak tambahan itu diagih-agihkan kepada penerima yang terkenas dengan penularan pandemik Covid-19.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan bantuan kotak makanan yangh telah dan sedang diagih-agihkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Larut kepada 21,000 kotak makanan.

“Mana-mana pihak yang masih belum menerima bantuan kotak makanan, diminta menghubungi Ketua Kampung atau Pusat Khidmat Ahli Parlimen Larut,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri. – SM

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button