Nasional

UPSI jalin kerjasama antarabangsa dengan universiti terbaik Kazakhstan

FAKULTI Sains Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil inisiatif menandatangani Memorandum Persefahaman( MoU) dengan Al-Farabi Kazakh National University (KazNU) untuk perkongsian pengetahuan, kepakaran dalam penyelidikan antara kedua-dua universiti.

Md Amin (tengah) menyampaikan ucapan aluan menandatangani memorandum persefahaman dengan Al-Farabi Kazakh National University (KazNU) secara dalam talian di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,UPSI Tanjong Malim.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, kerjasama itu bakal menyaksikan perkongsian dua hala penyelidikan dalam bidang STEM serta teknologi nano menerusi institusi kajian saintifik KazNU serta FSM sendiri.

UPSI, katanya, sehingga Mac 2023 menandatangani MoU dengan tujuh universiti tempatan dan 22 universiti luar negara serta menerusi perkongsian industri, sebanyak 45 MoU ditandatangani bersama industri tempatan dan dua MoU bersama industri luar negara.

Assel (tengah) bersama delegasi Al-Farabi Kazakh National University (KazNU) semasa menandatangani MoU dengan UPSI secara dalam talian.

Md Amin dalam ucapannya berkata, selaras dengan hasrat pengantarabangsaan universiti pendidikan itu mahu memacu kecemerlangan dengan kerjasama universiti terbaik Kazakstan tersebut yang juga penarafan QS Uniersity Ranking 150 terbaik dunia.

“Kerjasama ini juga dapat diperkukuhkan dengan menjalankan penyertaan bersama dalam latihan, bengkel dan persidangan serta penerbitan dalam artikel dari kedua-dua universiti boleh diterbitkan iaitu Educatum Journal of Science Mathematics and Technology (EJSMT) dan Chemical Bulletin of Kazakh National University,” katanya.

Malah, katanya, memorandum ini juga dapat melihat perkembangan perkongsian kepakaran antara kakitangan akademik, serta mobiliti akademik dalam mempromosikan pembelajaran silang budaya kedua-dua buah institusi merentas sempadan,” jelasnya.

Md Amin menandatangani MoU bagi pihak UPSI di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah

Majlis perjanjian memorandum persefahaman (MoU) antara Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan Al-Farabi Kazakh National University (KazNU), yang berlangsung secara atas talian diwakili Md Amin sendiri serta Timbalan Rektor Operasi, KazNU Dr. Assel Uvaliyeva. -SM

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button