Politik

Timbalan Menteri dicadang gulung perbahasan persidangan Perlimen Belia -PM

Bangi, 15 Jun (Bernama)- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob mencadangkan supaya Persidangan Perlimen Belia Malaysia akan datang melibatkan sesi penggulungan daripada sekurang-sekurangnya timbalan menteri.

Beliau berkata Langkah itu dapat memastikan setiap perkara dibangkitkan pada sesi perbahasan mendapat maklum balas dan maklumat lengkap daripada kementerian berkaitan.

“Saya difahamkan yang akan menjawab atau menggulung nanti tidak terdiri daripada wakil daripda Kabinet atau timbalan menteri. Saya nak kita anggap Parlimen Belia ini penting.

“Saya ingin mencadangkan pada masa akan datang, kalau macam hari ini mereka bincang soal isu sekuriti makanan melibatkan kementerian Pertanian (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) dan sebagainya, untuk menggulungnya saya harap akan datang sekurang-kurangnya timbalan menteri yang akan menggulung kerana maklumat lengkap tetang perkara dibangkitkan ada pada kementerian berkaitan.

“Isu seperti keselamatan dan sebagainya, Kementerian Dalam Negeri boleh hantar timbalan menteri untuk menjawab isu-isu dibangkitkan pada Persidangan Parlimen Belia” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Perlimen Belia Malaysia Tahun ini 2022.

Ismail Sabri turut merakamkan ucapan taniah kepada Ahli Perlimen Belia yang dilihat cukup berpengalaman dalam menyampaikan hujah semasa sesi perbahasan pada persidangan itu.

Persidangan itu yang berlangsung dari 14 hingga 16 jun melibatkan seramai 90 perwakilan bagi membahaskan usul berkaitan pembangunan belia negara.

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button