Hiburan

Rajnikanth dimasukkan ke hospital di Hyderabat

SIVAJI The Boss, Rajnikanth, bintang filem Tamil kesayangan peminat dikhabarkan telah dimasukkan ke Hospital Apollo di Hyderabat dua hari selepas penggambaran filem berjudul Annaatthe terpaksa dihentikan kerana empat individu didapati positif virus korona.

Punca Rajnikanth dimasukkan ke hospital ialah kerana tekanan darahnya tidak stabil, naik-turun dan keadaannya itu dipantau.

Hospital Apollo turut memaklumkan, keadaan kesihatan aktor itu semakin baik dan tekanan darahnya stabil dan terkawal.

Jika keadaan Rajnikanth stabil dan bergantung kepada pemantauan ke atas aktor itu, pihak hospital akan discaj Rajnikanth.

“Encik Rajnikanth yang dimasukkan ke hospital ini semalam, keadaan kesihatannya menunjukkan perkembangan yang baik.

“Dia sedang berehat semalaman dan walaupun pemantauan rapi dilakukan ke atas tekanan darah beliau, tekanan darahnya masih agak tinggi berbanding kelmarin tetapi dalam kawalan.

“Setakat ini tiada apa yang agak membimbangkan  dan kita akan terus membuat pemeriksaan rapi ke atas beliau,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan hospital itu lagi, Rajnikanth memerlukan rehat yang secukupnya bagi menstabilkan tekanan darahnya. – SM

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button