Nasional

Agong sampaikan sumbangan kepada keluarga asnaf di Kuantan

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada lima keluarga asnaf di Kuantan, Pahang.

Istana Negara dalam catatan di laman Facebooknya berkata sumbangan itu disampaikan sempena program ‘Ziarah Kasih Sempena Ramadan’ di Kampung Baru Beserah, Kampung Bahagia Beserah dan Kampung Batu Hitam Beserah.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan perbelanjaan mereka terutama pada bulan Ramadan dan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri,” katanya.

Turut hadir Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Menurut Istana Negara, program itu mencerminkan keperibadian Al-Sultan Abdullah yang prihatin dan keprihatinan Baginda terhadap kesejahteraan mereka yang memerlukan di Pahang.


 

(Visited 26 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button