Hiburan

Pergi mahkamah bukan bercerai, cuma minta nasihat

KEMELUT rumah tangga antara pasangan pelakon, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana sebelum menjadi tanda tanya dan mencetuskan pelbagai spekulasi.

Beru-baru ini, Syamsul sempat memberi penjelasan mengena situasi rumah tangganya menafikan kehadiran isterinya ke mahkamah adalah kerana hal penceraian.

Menurut Syamsul, kehadiran isterinya ke mahkamah bersama ibunya adalah untuk mendapatkan nasihat daripada individu yang lebih pakar.

“Saya berharap orang luar mendoakan yang terbaik buat rumah tangga saya yang kini sedang diuji.

“Tiada jalan lain, kami perlu mengambil nasihat dan kaunseling daripada mereka yang pakar,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ditanya perhubungannya kini, Syamsul berkata, mereka kini dalam fasa memperbaiki hubungan dan enggan mengulas lebih berkenaan hal rumah tangganya.

Jelasnya, apa yang boleh dikatakan ialah Puteri Sarah ialah seorang isteri yang baik dan cukup memahami diri dan kerjanya.

Menurut pengarah filem Munafik ini, dia tidak menolak punca kemelut rumah tangganya disebabkan dirinya terlalu memberi fokus terhadap kerja-kerjanya.

“Mungkin sebab saya terlalu obses dengan kerja hingga perkara ini jadi satu penyakit. Bila saya dah selesai kerja, saya akan cari kerja-kerja lain sedangkan sebenarnya saya boleh berehat.

“Nak kata duit, Alhamdulillah, rezeki ada. Tapi kenapa saya selalu nak bekerja, saya pun tak tahu sebab saya kalau buat satu-satu kerja memang akan berikan sepenuh fokus.

“InsyaAllah apa yang berlaku ini tidak akan menjejaskan saya dan Sarah dalam urusan nak perbaiki hubungan kami. Sarah seorang yang sangat memahami dan apa yang terjadi, dia sentiasa beri sokongan,” ujar Syamsul lagi.

Hubungan pasangan ini dikatakan dilanda badai selepas Sarah dilihat hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada 18 September lalu. Kehadiran Sarah ke sana turut ditemani ibu mertuanya, Datin Fatimah Ismail.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, setahun. -SM

(Visited 498 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button