Nasional

Raja Puan Muda Perlis lancar Persatuan Pengusaha TASKA Perlis

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada petang semalam berkenan berangkat merasmikan ‘Majlis Pelancaran Persatuan Pengusaha TASKA Negeri Perlis’ yang diadakan di Hotel Seri Malaysia Kangar.

Keberangkatan tiba baginda yang juga merangkap Penaung Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia ke program yang dianjurkan oleh Persatuan Pengusaha TASKA Negeri Perlis (PPTNPs) itu disambut oleh Pengerusinya Sumayyah Mohamed Radzi dan Setiausaha, Roziah Rasul.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Mohamad Hazam Ismail.

Di majlis yang sama Tuanku Raja Puan Muda turut berkenan menyempurnakan ‘Penyerahan Bantuan Khas Kepada TASKA’ daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia berupa Mock Cek berjumlah RM102,500 khusus untuk pengusaha TASKA yang terkesan secara langsung dengan Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini.

Untuk rekod, antara objektif utama PPTNPs ialah bagi menyatukan pengusaha-pengusaha TASKA di negeri Perlis, menjaga kebajikan pengusaha-pengusaha TASKA yang berdaftar di negeri ini serta memberi peluang kepada ahli persatuan untuk menjalani latihan kepimpinan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang asuhan kanak-kanak.

Selain daripada itu, ia diwujudkan bagi mengadakan aktiviti dan kepelbagaian kursus untuk ahli persatuan dalam bidang asuhan, pendidikan dan lain-lain lagi, membantu pengusaha-pengusaha TASKA untuk menghadapi cabaran dalam bidang asuhan kanak-kanak serta melahirkan pengusaha dan pengasuh TASKA yang mahir dan berpengetahuan tinggi dalam bidang asuhan kanak-kanak.

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button