Berita

Raja Puan Muda Perlis hadir KL Fashion Award

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat hadir menyerikan majlis ‘Kuala Lumpur Fashion Awards 2021’ yang diadakan di Hotel Shang-ri La Kuala Lumpur.

Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Lexus Malaysia tersebut diadakan bagi meraikan kejayaan para pereka jenama pakaian dan fesyen pakaian baharu yang dipamerkan sepanjang Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) pada 3 hingga 7 November 2021 baru-baru ini di pusat membeli belah Pavilion Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Puan Muda disambut oleh Pengasas KLFW, Andrew Tan.

Turut berangkat adalah anakanda baginda Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail yang juga merupakan salah seorang pereka fesyen jenama ‘Khatreena’ yang terlibat dalam KLFW sejak beberapa tahun ini.

Antara selebriti yang turut hadir adalah Dato’ Seri Bernard Chandran, Dato’ Sri Dr Farah Khan, Rozita Che Wan, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Marion Caunter.

Julung kalinya Kuala Lumpur Fashion Awards mengumpulkan kembali semua pereka fesyen untuk sekali lagi mempamerkan rekaan masing-masing dan juga sebagai tanda apresiasi penghargaan buat para pereka fesyen dalam membawa rekaan masing-masing bagi merancakkan lagi industri fesyen.

Dalam majlis ini juga, sebanyak 14 anugerah telah diperkenalkan dan dianugerahkan kepada pereka-pereka fesyen iaitu anugerah Emerging Women, Fashion Innovation, Makeup Artist Award, Most Fashionable Female Personality, Hair Stylist Award, Most Fashionable Male Personality, Positive Change, Emerging Menswear Designer, Fashion Icon of The Year, Womenswear Designer, Brand of The Year, Outstanding Achievement Award dan Fashion Business Leader.

(Visited 368 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button