Rencah Hidup

“Saya cuma upload sahaja,”- pasangan tampil nafi tuduh pemandu treler mabuk

TELAH tular sebuah video di laman sosial Tik Tok yang dimuat naik oleh akaun @mubarakkhan1535 menunjukkan seorang pemandu treler dalam keadaan lemah seperti sedang menahan kesakitan di bahagian tempat duduk pemandu selepas terbabit dalam satu kemalangan.

Dalam video tersebut, seorang wanita melihat keadaan pemandu treler itu lalu dalam nada marah menuduhnya mabuk ketika memandu sehingga telah merempuh tiga buah kenderaan.

“Awak mabuk ke? Awak tak nampak apa yang awak buat,” terjah seorang wanita yang merakam video tular itu.

Video itu telah menerima kecaman netizen yang mengecam wanita tersebut kerana sudah jelas dapat dilihat keadaan pemandu itu yang lemah.

Oleh kerana telah menerima kecaman netizen, sepasang suami isteri telah tampil secara terbuka untuk menafikan tuduhan bahawa mereka terlibat dalam merakam video tular itu.

Pasangan itu memuat naik video tersebut menerusi akaun Tik Tok yang sama dan menafikan dakwaan bahawa mereka adalah perakam video tersebut dan mengatakan bahawa mereka hanya ingin berkongsi video itu yang diterima daripada group WhatsApp.

“Mengenai insiden gambar viral dari Tik Tok, sebenarnya video itu dihantar dalam WhatsApp group, saya cuma muat naik sahaja, saya tak ada kena mengena dengan kemalangan itu dan kereta yang kena langgar itu bukan kereta saya.

“Encik boleh bandingkan suara isteri saya dengan suara video itu, memang tak ada kena mengena,” katanya.

Mereka meminta maaf kepada ahli keluarga mangsa dan turut merayu kepada orang ramai untuk berhenti mengecam mereka.

Difahamkan, pemandu treler yang dikenali sebagai Pak cik Shukri ketika kejadian dikatakan terkena serangan jantung ketika memandu dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Dalam pada itu, netizen turut mendesak wanita dalam video itu untuk tampil dan membuat permohonan maaf kepada keluarga mangsa. – SM

(Visited 452 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button