BeritaPendidikan

Raja Puan Muda Perlis berangkat menyempurnakan Sidang Ke-6 Istiadat Konvokesyen 15 UniMAP

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Tuanku Pro Canselor berkenan berangkat menyempurnakan Sidang Ke-6 Istiadat Konvokesyen 15 UniMAP di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra pada petang semalam.

Seramai 236 orang graduan menerima anugerah ljazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) (Keusahawanan) daripada baginda.

Di majlis tersebut, Naib Canselor, Prof Ts Dr Zaliman Sauli yang turut hadir bersama-sama Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Md Farishzan Ismail pula memaklumkan bahawa selepas tamat pengajian, mereka tidak lagi bergelar sebagai pelajar UniMAP. Namun, itu tidak bermakna mereka tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan UniMAP tetapi ia akan diteruskan sebagai seorang alumni.

Tambah beliau, ‘Sehingga kini, UniMAP melahirkan seramai 31,510 alumni justeru Pusat Perhubungan Alumni UniMAP ditubuhkan pada 2020 sekaligus membuktikan inisiatif pihak universiti untuk memberi fokus terhadap alumni dan memastikan hubungan antara universiti dan alumni dapat terus diperkasakan untuk pelbagai manfaat’.

(Visited 336 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button