KesihatanLuar Negara

Jepun sedia suntikan penggalak kepada semua

PANEL kementerian kesihatan Jepun semalam bersetuju memberi suntikan vaksin Covid-19 dos ketiga atau suntikan penggalak kepada semua penduduknya yang telah menerima dua dos vaksin.

Suntikan penggalak dijangka diberikan seawal lapan bulan selepas suntikan kedua selesai.

Bilakah dos penggalak akan mula diberikan belum ditetapkan namun dijangka bermula pada Disember nanti dengan petugas perubatan menjadi kumpulan pertama yang akan menerimanya mulai Februari.

Sementara itu, Jiji Press melaporkan, kementerian kesihatan dijadual memutuskan secara rasmi pelan suntikan penggalak pada November.

Panel kementerian mengambil kira kaji selidik luar negara yang menunjukkan kesan pencegahan jangkitan terhadap vaksin pengeluar ubat Pfizer Inc. Amerika Syarikat turun daripada 88% kepada 47% selepas lima bulan untuk semua individu berusia 12 tahun ke atas.

Panel itu juga bersetuju untuk menjamin peluang vaksinasi kepada penduduk yang masih belum menerima suntikan vaksin selepas suntikan penggalak bermula.

Jepun menggunakan tiga vaksin Covid-19, masing-masing dibangunkan oleh Pfizer, syarikat biofarmaseutikal AS Moderna Inc dan AstraZeneca PLC Britain.

Kementerian kesihatan mempunyai kontrak untuk memperoleh 120 juta dos vaksin Pfizer dan 50 juta dos vaksin Moderna untuk tahun depan. – SM

 

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button