NasionalNegeriRibut

Raja Muda lawat mangsa ribut di Padang Besar Selatan

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi beberapa buah rumah mangsa ribut di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis.

Hujan lebat kebelakangan ini dan juga ribut di sekitar negeri ini telah mengakibatkan beberapa buah rumah di Kampung Padang Besar Selatan terjejas.

Turut melanda Perlis beberapa hari ini ialah banjir.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melawat dan mengurniakan sumbangan MAIPs kepada salah seorang mangsa ribut di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis.

Mengiringi Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada kesempatan berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin Putra menyerahkan ‘Bantuan Awal Bencana’ daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis sebanyak RM500 bagi setiap rumah.

Ia terdiri dari Norkhaizura Muhiddin, 50, Hawati Harun, 56, Noorsuzieyantie Kamaruddin, 35 dan Salleh Sulaiman, 57, yang merupakan pemilik rumah yang terjejas akibat bencana kali ini dan merupakan antara yang telah mendapat bantuan tersebut dari pihak MAIPs.

Raja Muda Perlis menzahirkan pesanan agar setiap rakyat perlu mempunyai ilmu dan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti ribut atau banjir.

Khusus untuk isu banjir, sungguhpun ia kurang berlaku berbanding dahulu, namun, setiap isi rumah yang tinggal di kawasan yang lebih kerap berlaku banjir atau berisiko tinggi perlu menyediakan peralatan perapungan seperti jaket keselamatan, tong kosong dan pelampung, menyediakan beg kecemasan khas, berpindah dengan segera sekiranya diarahkan dan sentiasa peka terhadap perkembangan berita terkini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menemui salah seorang mangsa ribut di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis.

Baginda juga berharap rakyat negeri ini akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Sementara itu Mohd Nazim menasihatkan agar semua mangsa sentiasa bersabar dan tabah dalam menghadapi situasi sukar seperti ini.

Tambah beliau, pihak MAIPs sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKM) Perlis dalam menentukan penyaluran sumbangan yang sesuai kepada mangsa yang terjejas. – SM

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button