KesihatanNasionalNegeriPenyakit

Raja Puan Muda berkenan tutup Program Kesihatan Komuniti IJN

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyempurnakan penutupan Program Kesihatan Komuniti anjuran Institut Jantung Negara (IJN) di Dataran Semarak, Kampung Seberang Ramai di Kuala Perlis, semalam.

Program selama dua hari ini dianjurkan di dua kawasan iaitu di Masjid Nurul Huda, Felda Chuping dan juga di Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai.

Ia juga mendapat kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Keberangkatan Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IJN, Datuk Dr Aizai Rahim, Ketua Jabatan Pembedahan Jantung, Prof Dr Alwi Yunus dan Pakar Bius, Datuk Dr Syed Abdul Aziz Syed Zin Benyahya.

Sempena dengan program ini memberi kemudahan kepada penduduk di kedua kawasan ini mendapat perkhidmatan ujian saringan kesihatan yang ditawarkan seperti Indeks Jisim Badan (BMI), ujian tekanan darah, ujian gula dalam darah, ujian kolestrol dalam darah, ujian elektrokardigram dan ujian ekokardiografi.

Aizai berkata, Program Inisiatif Sosial IJN ini bermula semenjak tahun 2007 dan ia diwujudkan untuk mendekati komuniti luar bandar dan menawarkan saringan dan perawatan asas sebagai langkah pencegahan dari penyakit jantung.

Jelas beliau, pada tahun 2016, pihak IJN mula melebarkan sayap perkhidmatan menggunakan klinik bergerak yang dilengkap dengan peralatan imbasan jantung.

Katanya, sehingga kini IJN telah menyaring seramai 46,150 pesakit dan telah berjelajah ke 138 lokasi seluruh Semenanjung Malaysia.

“Pada tahun ini, Perlis adalah lokasi yang ke-4 yang dilawati selepas Langkawi, Johor Bahru dan Ipoh,” ujarnya.

Beliau juga melahirkan penghargaan kepada MAIPs dan YTSP Perlis serta pihak tuan rumah di kedua-dua kawasan berkenaan yang telah memberi kerjasama bagi memastikan kejayaan program ini.

Terdahulu daripada itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan merasmikan pelancaran aktiviti yang sama di Masjid Nurul Huda di Felda Chuping sehari sebelumnya yang diiring Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Noor sambil mengambil bahagian Kayuhan Berbasikal Hari Sukan Negara (HSN) 2022 Peringkat MAIPs. – SM

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button