NasionalNegeriPendidikan

Raja Puan Muda berkenan sampaikan anugerah ijazah kepada 346 graduan UniMAP

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian folder ijazah kepada seramai 346 orang graduan bersempena majlis Istiadat Konvokesyen 16 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Sidang 6 di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra petang semalam.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

Tuanku Lailatul Shahreen selaku Tuanku Pro Canselor UniMAP menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda kepada graduan dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan (Pembuatan), Kejuruteraan (Rekabentuk Produk), Kejuruteraan Mekanikal (Pemesinan), Teknologi Kejuruteraan (Sistem Pertanian), Teknologi Kejuruteraan (Pembangunan Produk) dan Teknologi Kejuruteraan (Pemprosesan Bahan).

Dua graduan yang telah meninggal dunia iaitu Allahyarham Muhammad Syahril Mohd Tahir dan Allahyarham Nazirul Syahmi Mohd Amin diwakili oleh waris masing-masing.


Dalam rakaman titah ucapan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Canselor yang ditayangkan di majlis tersebut menasihatkan para graduan supaya jangan terlalu memilih pekerjaan.

“Cubalah untuk lebih terbuka dalam pemilihan pekerjaan, usah menanti pekerjaan yang belum tentu akan menjadi milik masing-masing,” titah Baginda.

Titah Baginda, iq bukan sahaja merugikan para graduan malah membawa kesan kepada sektor pekerjaan yang memerlukan tenaga kerja. – SM

(Visited 50 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button