Sukan

Khairul terpaksa pulang ke Malaysia gara-gara Covid-19

PELUMBA motocross negara, Khairul Amirin terpaksa terbang pulang ke tanah air dan tidak dapat meneruskan perlumbaan Super Motocross Road (SM-Road) Championship di Madrid, Sepanyol setelah negara itu kembali dilanda pandemik Covid-19 yang memungkinkan kerajaan melaksanakan kawalan perintah berkurung sehingga tahun depan.

Khairul melahirkan rasa kecewanya kerana tidak dapat bersaing untuk perlumbaan bagi pusingan terakhir akibat pandemik yang melanda Sepanyol.

“Saya sangat kecewa kerana berasa agak yakin disebabkan saya berada di dalam kelompok 10 terbaik di dalam siri perlumbaan ini.

“Kami sepatutnya dijangkakan balik ke Malaysia pada 16 November ini, tetapi kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan kami terpaksa pulang kerana keadaan di Sepanyol semakin serius, lalu kami membuat keputusan untuk pulang ke tanah air lebih awal, untuk menggelak perkara yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media Malaysia, malam tadi.

Menurut pelumba itu, dia juga berasa amat kecewa kerana yakin dapat menyaingi pelumba-pelumba yang berada di dalam kelompok hadapan ataupun di dalam kelompok besar.

Bagaimanapun, katanya, dia perlu menerima hakikat bahawa perlumbaan terpaksa dibatalkan demi untuk menjaga keselamatan pelumba.

“Dengan perlumbaan yang dibatalkan ini, saya akan memperbaiki diri dengan membuat latihan lebih kerap dan melakukan persiapan untuk siri perlumbaan bagi ketegori SM-Road untuk tahun 2021.

“Saya amat berterima kasih kepada pasukan Supermotoland Husqvarna yang berpangkalan di Bullas, Murcia yang telah membantu mempersiapkan diri saya dari segi latihan sejak beberapa minggu lepas.

“Saya juga tidak sabar untuk memulakan siri baharu di bawah kendalian mereka. Saya berterima kasih kepada keluarga dan pengurus yang banyak membantu saya sepanjang berada di sini (di Sepanyol),” ujarnya. – SM

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button