Hiburan

‘The Man From Nowhere’ bakal ke Hollywood

FILEM Korea Selatan, The Man From Nowhere yang dibintangi oleh Won Bin pada tahun 2010 pernah menjadi antara filem terbaik pada tahun tesebut.

Malah, keunikan dan kehabatan jalan cerita filem tersebut nampaknya telah menarik tumpuan pengarah untuk membuat adaptasi filem tersebut ke Hollywood.

Malah, pengarah yang menyatakan minat untuk membikin semula filem tersebut juga bukan calang-calang orang.

Sebaliknya, mereka ialah penulis dan pengarah bagi filem John Wick iaitu Chad Stahelski dan Derek Kolstad.

Menurut laporan Soompi, Kolstad akan bertanggungjawab untuk menulis semula filem tersebut manakala Stahelski akan menerbitkan fle tersebut bersama Jason Spitz,

Sementara itu, belum ada pengesahan sama ada Won Bin akan memainkan peranan utama dalam filem adaptasi tersebut.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama filem Korea telah diadaptasi untuk menjadi sebuah filem Hollywood.

Beberapa filem seperti The Tale Of Two Sisters, The Lake House, Mirrors dan drama Good Doctors juga pernah diadaptasi dan ditayangkan di Amerika Syarikat. -SM

(Visited 388 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button