Ekonomi

Nu-Prep terokai pasaran Tiktok walaupun sudah berada di farmasi

Walaupun produk makanan kesihatan jenama Nu-Prep yang berasaskan Tongkat Ali sudah lama berada di pasaran farmasi namun syarikat Biotropics Malaysia ini memilih untuk meneroka pasaran di Tiktok dan memberi peluang kepada pengguna media sosial itu untuk menjana pendapatan melalui ‘Affiliate’.

Nu-Prep terokai pasaran Tiktok

Tidak mahu ketinggalan dalam dunia pasaran digital syarikat itu juga menawarkan 300 botol secara percuma buat bakal Affiliate untuk mencuba nu-Prep sekaligus dapat meningkatkan kesihatan.

Menurut pengurus pemasaran, Noorsyarida Mohd Sapiai, sentiasa terbuka menerima dari orang ramai yang mahu menjana pendapat.

“Kami akan edarkan sebanyak 300 botol percuma untuk lebih ramai affiliate, kita juga menawarkan komisen yang tinggi sebanyak 20 peratus untuk satu produk yang terjual, anggaran boleh dapat keuntungan dalam RM20-RM25 sangat lumayan sebab itu kami membuka orang ramai untuk menyertai kami”. Katanya dalam satu majlis pelancaran Tiktok kempen Nu Prep Physta.

Bagi Pengurus Kanan Jualan & Pemasaran, Izham Mohamed, berkata platform Tiktok ini bagus untuk pemasaran bagi anak muda dan sekarang juga melihat ramai dari kalangan yang berumur 20-30an merupakan pengguna platform tersebut serta menjaga kesihatan.

“Kita tengok ramai anak-anak muda sekarang suka pergi gym dan melihat mereka mengambil kisah tentang kesihatan dan ini merupakan satu platform dapat memberi kesedaran tentang kebaikan Tongkat Ali, kalau pleatfrom media sosial lain ramai golongan yang sudah berumur.” Ujarnya.

Dalam majlis yang sama turut melancarkan kempen slogan terbaru iaitu “Ini Barulah Tongkat Ali” untuk menyampaikan mesej orang di luar sana jika mencari produk yang berasaskan Tongkat AliNu Prep adalah pilihan yang terbaik.

 

Ketua Eksekutif Biotropics, Haliza Ramli membuktikan bahawa Nu Prep Physta merupakan produck satu-satunya supplement Tongkat Ali yang 100% standardize dan proven dengan klinikal kajian dan penyelidikan.

“Syukur produk ini ialah telah mendapat kelulusan & mematuhi garis panduan produk & pensijilan dari FDA Center for Food Safety & Applied Nutrition, Europe yang membuktikan produk ini selamat untuk dimakan.

‘’Paling membanggakan, Nu Prep merupakan salah satu produk yang mempunyai Physta dimana ia terbukti berkesan dalam membantu meningkatkan tenaga lelaki dan untuk membuktikan kenyataan ini, kami telah melakukan kajian ke atas 14 orang manusia.

‘’Ini bukan overclaim, tapi dalam Nu Prep, bahan nya 100% Tongkat Ali original yang diambil di hutan oleh orang Asli.

‘’Kita juga melihat ramai pembeli dari luar negara memang ramai mencari Tongkay Ali dari Malaysia, ada juga yang tidak tahu bahawa Tongkat Ali Malaysia merupakan hasil yang paling terbaik berbading luar negara dan kita patut berasa bangga.’’ Jelasnya.

Secara tradisinya ia digunakan untuk merawat demam panas, cirit birit , gusi berdarah malah ia membantu untuk tenaga lelaki.

Sedikit sumber tentang nu-prep telah pun berada di pasaran sejak tahun 2007 dan ini merupakan tahun ke 16 malah jenama ini juga terus berkembang sehingga pasaran luar negara.

 

@biotropicsofficial

Nak tau khasiat Nu-Prep Lelaki? Jom kita tengok video ni.. #fyp #supplement #health #tenaga #tiktokmalaysia

♬ Piano, string instruments, inspiration – Kirill Kharchenko

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button