AgamaNasional

Raja Perlis titah graduan KUIPs harus mampu perjelas konsep, perincian ibadah khusus

Graduan keluaran Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) hendaklah berupaya menerangkan prinsip, konsep dan perincian ibadah khusus dalam Islam dengan dalil-dalil yang kukuh.

Begitulah hasrat Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang mengharapkan agar pengajian di KUIPs akan benar-benar dapat memantap pengajian ibadah yang berteraskan dalil yang sahih dari segi penghujahan ilmiahnya.

Ertinya, KUIPs perlu menjadi pusat Pengajian Islam yang luas kesarjanaannya dalam mengkaji serta memahami Al-Quran dan Sunnah berdasarkan disiplin keilmuan yang kukuh.

Pengajian Islam di KUIPs juga hendaklah diadun dengan penuh kematangan di sudut keteguhan manhaj atau methodologi ilmu, keluasan kajian dan penilaian yang kritis. Di masa yang sama komited terhadap integrasi ilmu dari pelbagai bidang yang diperlukan dalam kehidupan manusia.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri program ‘Rakyat Di Hati’ anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diadakan di Kolej Kediaman KUIPs, Seberang Ramai, Kuala Perlis baru-baru ini.

Keberangkatan baginda disambut oleh Rektor, Datuk Kaya Bakti Dr. Mohd Radzi Haji Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif (MAIPs) Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor KUIPs lagi, kolej universiti milik penuh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenaan juga diharapkan akan mampu melahirkan para ilmuwan yang memiliki keteguhan ilmu pengajian Islam secara luas, matang, progresif, visionari dan mampu merealisasikan mesej Islam sebagai agama yang membawa kerahmatan sejagat dan dapat membina peradaban yang terhormat.

Sempena program tersebut baginda turut berkenan menyerahkan sumbangan Mesin Penapis Air MAIPs untuk dimanfaatkan oleh para pelajar yang ditempatkan di Cafe KUIPs.

(Visited 789 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button