Acara

Raja Perlis Terima Sembah Mengadap Delegasi RHB Islamic Bank

KANGAR, 14 Jun 2025 – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sesi sembah mengadap daripada delegasi pengurusan tertinggi RHB Islamic Bank Berhad, yang diketuai Pengarah Urusan, Datuk Adissadikin Ali, pada malam Khamis di Kangar.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berangkat dalam sesi tersebut yang berlangsung dalam suasana penuh hormat dan mesra.

Turut hadir dalam delegasi RHB Islamic ialah:

  • Ahmad Mukarrami Ab Mumin, Ketua Kumpulan Perundingan Shariah
  • Muhammad Farhan Mohad Akran, Ketua Pusat Perniagaan Perbankan Komersial (CBCC) Islam
  • Nor Azlan Uzil, Ketua Seksyen Ekosistem Pendidikan
  • Mohd Noor Mohd Akhir, Pengurus Cawangan Kangar

Kunjungan hormat ini adalah sebahagian daripada lawatan kerja dua hari delegasi RHB Islamic Bank ke Perlis yang melibatkan penglibatan dalam pelbagai aktiviti zakat dan kemasyarakatan bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Lawatan ini memperkukuh kerjasama strategik antara sektor kewangan Islam dengan institusi agama negeri dalam memperkasa kesejahteraan komuniti asnaf dan pembangunan masyarakat secara holistik.

GALERI

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button