fbpx
Nasional

Raja Perlis terima kunjungan hormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap hormat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Kuala Perlis pada malam kelmarin.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir mengiringi Ronald Kiandee ialah Timbalan 1 dan 2 beliau iaitu Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Turut hadir, Tengku Syarif Laksamana Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Datuk Haslina Abdul Hamid dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Mohd Anis Mohd Yasin. – SM


Show More

Related Articles

Back to top button