NasionalParlimenPendidikan

60 syarikat gergasi dan multinasional diminta biayai TVET-PM Anwar Ibrahim

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu sekurang-kurangnya 60 syarikat gergasi termasuk multinasional menampung pembiayaan pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.

Perdana Menteri berkata, pendekatan itu adalah bagi memberi peluang kepada syarikat-syarikat berkenaan membantu rakyat secara langsung menerusi pengambilalihan, penyelenggaraan dan latihan menggunakan kos syarikat.

GAMBAR BERNAMA – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini boleh dibiayai syarikat besar, gergasi dan syarikat-syarikat multinasional.

“Kita minta syarikat bantu secara langsung sama ada projek rakyat miskin dan dalam kes ini secara khusus membantu TVET.

“Ini kerana TVET melatih anak muda kita, Melayu dan Bumiputera untuk tingkatkan kemahiran bagi mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dan upah atau gaji lebih tinggi,” katanya semasa sesi pertanyaan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) yang ingin tahu jika terdapat syarikat besar lain yang menyumbang keuntungan kepada rakyat.

Menurut Perdana Menteri Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Tambun, antara syarikat yang terlibat merangkumi Sunway Berhad, Berjaya Corporation Berhad, syarikat dalam Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), Telekom Malaysia (TM) dan Kumpulan Syarikat Albukhary yang secara spesifik menawarkan untuk membantu mengambil alih TVET di Pekan, Pahang dan Tanjung Malim, Perak.

Menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) berkenaan cukai sepatutnya digunakan untuk membantu golongan susah, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pendekatan kerajaan sekarang adalah berbeza dengan syarikat besar diminta menyalurkan bantuan kewangan secara terus kepada golongan sasar dan bukannya memberi sumbangan kepada parti politik atau individu atau orang perseorangan.

“Saya memilih memanggil tokoh korporat Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk memberi manfaat kepada negara dan bagi kepentingan pesawah miskin, saya minta dia derma kepada pesawah secara langsung.

“RM60 juta kepada pesawah dan dengan 30% keuntungan yang dicatat lebih 20 tahun, ini kali pertama minta dia berikan 30% keuntungan bersih kepada pesawah padi,” katanya.

BACA OKU berkemahiran TVET berpotensi kerjaya masa hadapan – Raja Muda Perlis

BACA Kerajaan memeterai kerjasama TVET dengan 18 syarikat tempatan dan global

BACA Struktur semula TVET elak pertindihan dan pembaziran

SM

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button