Luar Negara

Pemilik restoran ditahan kerana disyaki menjadi ‘ibu ayam’

Pemilik restoran merupakan seorang wanita ditahan kerana terlibat dalam kes pemerdagagan manusia dengan menyediakan perkhidmatan pelacuran di gerai makannya di Kampung Sesua Di Malinau Barat, Kalimantan, Indonesia.

Menurut Unit Siasatan Jenayah Polis Malinau, Wisni Bramantio, penahanan suspek bernama Irma dibuat minggu lalu dalam satu majlis di masjid.

“Gerai milik Irma bukan sahaja menyediakan makanan dan minuman, tetapi juga menyajikan ‘hidangan tambahan’ melibatkan kehadiran sebilangan pelacur.

Irma ditahan oleh Polis

“Penahanan dibuat apabila polis menerima maklumat Irma akan pulang ke Jawa selepas selesai menunaikan haji. Kini Irma berstatus suspek kerana didakwa mengeksploitasi wanita dan bertindak sebagai penyedia perkhidmatan pelacuran di premis perniagaannya,” katanya.

Berdasarkan siasatan, Irma mengeksploitasi beberapa wanita dari luar dan sekitar Kalimatan Utara dan turut menyediakan akviti pelacuran di gerai makannya.

“Di bahagian dalam warung terdapat terdapat bilik yang dipisahkan. Ada beberapa pelacur yang disediakan suspek dengan kadar 300,000 rupiah (RM91) untuk setiap perkhidmatan.

“Hasil pemeriksaan kami ada, beberapa wanita yang datang dari luar daerah Jawa. Wanita-wanita itu mengaku pada awalnya mereka dijanjikan pekerjaan lain yang lebih baik,” jelasnya.

Jika terbukti bersalah suspek bakal berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Artikle Berkaitan :>

Sindiket pelacuran didalangi ‘Mummy’ Indonesia tumpas – Imigresen

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button