
Raja Perlis lancar buku Sirajus Siyadah: 25 Tahun Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
KANGAR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat melancarkan buku ‘Sirajus Siyadah: 25 Tahun Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail’.
Pelancaran itu dilaksanakan bersempena
*Wacana Wangsa Jamalullail: Sempena “Zynatul Muluk” Sambutan Ulang Tahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Ke-82* yang diadakan di Auditorium Dr Syed Mahmood, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Kangar petang ini.
Buku tersebut diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Petlis (MAIPs) dan Dewan Bahasa dan Pustaka ditulis oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Dr. Haji Hazman Hassan dan Haji Mohd Nazim Mohd Noor.
Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah, Hajah Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj.
Program tersebut dimulakan dengan Slot “Menjulang Wibawa Raja: Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin” oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (Mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) & Setiusaha Kerajaan Negeri Perlis).
Ia disusuli dengan tajuk “Pemerkasaan Bahasa Melayu: Legasi Kepimpinan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail” yang dikongsikan oleh Ghani Abu, Ketua Bahagian & Strategik Dewan Bahasa dan Pustaka) (DBP).
Turut dilaksanakan taklimat khas mengenai ‘Kenang-kenangan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Raja Perlis’ yang dipersembahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.
FOTO