NasionalNegeri

Raja Perlis berkenan terima ziarah Konsul Kehormat Malaysia di Basel

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima ziarah mengadap Konsul Kehormat Malaysia di Basel, Switzerland, Datuk Jeffery Sandragesan di Istana Perlis, Kuala Lumpur.

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda sulung Baginda berdua iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Untuk rekod, Switzerland dan Malaysia menjalin hubungan diplomatik pada tahun 1963. Kedua-dua negara menikmati hubungan yang baik terutamanya dalam perdagangan.

Kepentingan hubungan dua-hala Malaysia di Switzerland dikendalikan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Berne, Switzerland. Duta Besar Malaysia ke Switzerland turut ditauliahkan serentak ke Principality of Liechtenstein.

Sementara itu, Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva turut dilantik sebagai Konsul Jeneral Malaysia yang mengendalikan urusan konsular bagi Kanton Vaud, Geneva dan juga Valais.

Dua Konsul Kehormat telah dilantik bagi Kanton Basel iaitu Datuk Jeffery sendiri dan Zurich, Guna R. Mahalingam bagi mengendalikan urusan konsular di kawasan seliaan masing-masing. – SM

BACA Raja Perlis terima sembah mengadap PM di Hospital Putrajaya

(Visited 450 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button