AgamaNasionalNegeri

Raja Perlis berkenan Solat Aidiladha di pekarangan Istana Arau, esok

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan Solat Aidiladha dilaksanakan di Dataran Istiadat, pekarangan Istana Arau, esok.

Baginda berkenan demikian bagi memberikan ruang kepada ahli kariah Kota Raja, Masjid Negeri Arau untuk mendirikan Solat Aidiladha di tanah lapang (musolla) selaras dengan sunnah Baginda Rasulullah SAW, selain dapat mengurangkan risiko jangkitan, berbanding solat di tempat tertutup.

Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Solat Aidiladha di Dataran Istiadat Pekarangan Istana Arau akan bermula pukul 8 pagi.

Pintu masuk akan dibuka mulai pukul 7.30 pagi.

Dalam pada itu, para jemaah diminta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup separuh muka ketika hendak menunaikan Solat Aidiladha serta membawa sejadah sendiri bersaiz standard untuk keselesaan.

Pada kesempatan itu, Baginda Tuanku Raja Perlis dan Tuanku Raja Perempuan Perlis bersama-sama Tuanku Raja Muda Perlis dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis serta seluruh usrah kerabat DiRaja turut menzahirkan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidiladha’ selain turut mendoakan agar seluruh rakyat yang dikasihi sentiasa dikurniakan dengan kebaikan dan keberkatan dalam kehidupan. – SM

(Visited 478 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button